PERANAN PENDAKWAH
1. 1. DAKWAH DENGAN AKHLAK
Cara ini adalah cara yang paling mudah iaitu dengan menunjukkan akhlak yang cantik dan terpuji kepada umat Islam dan terutamanya kepada umat bukan Islam. Sudah menjadi lumrah, manusia mudah akan terpikat dengan sesuatu barang yang cantik, bermutu dan berharga seperti berlian, permata dan emas. Begitu juga tanggapan non-muslim terhadap umat Islam. Sebagai umat Islam, kita mestilah menunjukkan akhlak yang baik di hadapan mereka seperti sopan santun, budi pekerti dan memiliki sifat-sifat yang berhikmah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Serulah ke jalan Tuhan-Mu dengan hikmah” (an-Nahl 16:125)
Praktik yang paling mudah untuk dibuat kepada umat non-muslim ialah dengan berkongsi-kongsi juadah dan hadiah dengannya. Jika mereka penganut Buddha, hadiahkanlah sesuatu berwarna merah kerana bagi kepercayaan mereka merah membawa ‘ong’ atau keuntungan.
Rasullullah SAW juga sangat memuliakan non-Muslim
seperti pernah menyuap bubur kepada seorang Yahudi yang buta meskipun Yahudi
tersebut sangat memusuhi baginda.
2. 2. SEMINAR DAN KEFAHAMAN
Dakwah merupakan sebahagian daripada kehidupan dan
tanggungjawab ke atas setiap muslim. Setiap gerak geri, perbuatan, percakapan
mahupun tingkah laku seseorang itu melambangkan diri mereka terutamanya bagi
seorang muslim. Ini kerana mereka membawa nama dan imej Islam walau dimana
sahaja mereka berada. Oleh itu, setiap perbuatan seseorang muslim itu
sepatutnya peranakan kepada kesedaran untuk
mengamalkan ajaran Islam
dan menyebarkannya kepada masyarakat dengan nilai-nilai Islam yang
sebenar dalam kehidupan. Dakwah boleh dijalankan, disampaikan atau disebarkan
dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan keadaan pendakwah termasuklah
kepada siapa atau
golongan mana yang menjadi sasaran dakwahnya. Dakwah ini boleh
berbentuk individu, kumpulan mahupun institusi.
Secara umumnya, dakwah sebenarnya saling berkait dengan agama kerana
dakwah adalah suatu usaha
atau proses demi
melahirkan atau menyebarkan
agama dalam realiti kehidupan. Berdakwah adalah tuntutan
utama ke atas para rasul untuk mengajak serta
membimbing manusia agar
kembali ke jalan yang benar. Syariat juga menuntut umat Islam
berdakwah dengan mengajak manusia beriman kepada Allah SWT, melaksanakan
perkara-perkara yang menjurus kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran
Seperti yang diketahui umum, dakwah atau menyampaikan dakwah adalah
tanggungjawab setiap individu dimana ianya merupakan seruan kepada manusia
untuk menerima kebajikan dan menerima kebenaran yang disampaikan oleh
pendakwah. Melalui hujah dan pendapat
di atas, dapat disimpulkan bahawa dakwah adalah suatu usaha untuk mengajak,
menyeru serta membimbing manusia kepada agama Islam, mengubah kebatilan kepada
kebenaran, mengubah kemungkaran kepada kepatuhan atau ketaatan kepada Allah SWT
dan syariat Islam. Pengertian dakwah menurut istilah ini telah membezakan atau
memberikan kefahaman yang lebih jelas berbanding dengan maksud istilah menurut
bahasa. Seperti yang kita ketahui, terdapat
banyak seruan serta
ajakan terhadap pelbagai
ajaran, keyakinan dan aliran yang lebih bertunjangkan kepada semangat
nasionalisme, seruan untuk menganut agama Kristian, tidak ketinggalan aliran
yang sesat yang dapat menyelewengkan akidah umat Islam. Antaranya adalah dengan mempercayai Tuhan Harun, Kerajaan Langit Ayah Pin
dan pelbagai lagi
kefahaman yang boleh
menyesatkan umat Islam
khususnya masyarakat. Ini kerana mereka masih belum memahami akidah yang
sebenar dan ianya menjadi tujuan utama mengapa
para pelajar perlulah
memahami konsep asas dakwah Islamiah ini. Apabila pelajar itu sendiri
memahami konsep asas dakwah yang sebenar, barulah mereka dapat menjadi
pendakwah atau orang yang menyebarkan dakwah dengan kefahaman yang sebenar
dan tidak menyeleweng.
Melalui kajian ini,
pengkaji berharap agar
setiap pelajar serta golongan masyarakat dapat memahami
mengenai asas dakwah islamiah dengan lebih jelas. Dakwah merupakan satu
keperluan bagi manusia supaya dapat membimbing mereka kembali ke jalan yang
benar dan diredhai Allah SWT sebagaimana disabitkan dari Surah Al-zariat, ayat
56 yang menceritakan berkenaan dengan penciptaan makhluk, jin dan manusia untuk menyembah dan
patuh kepada Allah SWT. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, berlaku banyak
penyebaran ajaran atau kefahaman yang bertentangan dengan agama atau ajaran
Islam yang dibawa oleh Rasulullah untuk semua manusia dan telah menimbulkan
sedikit sebanyak keraguan kepada umat Islam
terutamanya dalam bab akidah. Di
sini menunjukkan betapa pentingnya memahami asas dakwah islamiah ini. Dengan
memahami asas dakwah, seseorang itu pendakwah mahupun orang
yang menyebarkan dapat menyebarkan ajaran Islam yang bertepatan dengan syariat Islam.
3. 3. DAKWAH MELALUI SAMBUTAN PERAYAAN
Dakwah
melalui sambutan perayaan tidak bertentang dengan islam. Dakwah ini juga dikira
amat strategik dan berkesan. Antara perayaan besar negara yang perlu sambut
oleh jabatan agama dan pertubuhan dakwah dengan melibatkan jemputan pelbagai
kaum ialah sambutan bulan puasa, hari raya puasa, hari raya Quran, tahun baru
cina, pesta tanglung dan sebagainya. Acara-acara yang boleh diselitkan adalah
jamuan makan melibatkan jemputan parti politik dan NGO-NGO bukan islam.
Aturcara jamuan tersebut boleh diselitkan program kefahaman islam, forum antara
budaya dan persembahan lagu-lagu memuji tuhan dalam pelbagai Bahasa dan
sebagainya.
4. 4. DAKWAH MELALUI PENYELIDIKAN
Dakwah
melalui hasil-hasil penyelidikan adalah antara alat yang paling berkesan untuk
meyakinkan masyarakat cina terhadap islam. Melalui penyelidikan atau seminar
seminar,ia dalat menunjukkan keadaan sebenar sesuatu perkara itu. Apatah lagi
sekiranya penyelidikan itu menyentuh soal pengaruh islam di Nusantara termasuk
Malaysia 600 tahun lalu. Contohnya,mengadakan seminar,bengkel dan dialog
berkaitan sumbangan orang cina terhadap terhadap perkembangan islam di
Nusantara. Antara tajuk tajuk yang boleh dibincangkan ialah Islam di China :
Sejarah dan perkembangan , sejarah kedatangan islam ke Nusantara oleh orang
cina serta kata kata sahabat “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina” dan
sebagainya.
5. 5. DAKWAH MELALUI SOSIAL MEDIA
Di era
dunia tanpa sempadan, kehidupan harian manusia bergerak ke arah digital sama
ada dalam bidang sosial, pendidikan, kesihatan termasuk bidang keagamaan. Ledakan teknologi komunikasi memainkan peranan yang penting sebagai medium perkembangan ilmu. Apabila kita melihat ledakan teknologi komunikasi yang semakin pesat membangun ini, nescaya pelbagai ilmu dan isu-isu dapat dilihat dan dibaca melalui paparan yang ditulis dan dimuat naik oleh pemilik-pemilik akaun media sosial. Rasulullah SAW telah menyebarkan dakwah dengan komunikasi berkesan dengan menggunakan pelbagai medium dakwah. Namun, sesuai dengan peredaran zaman masa kini, media massa menjadi nadi kepada maklumat, kejayaan sesuatu usaha dalam masyarakat bergantung kepada usaha sejauh mana mereka menguasai medium pada zamannya. Media sosial digunakan sebagai medium berkomunikasi dan menyampaikan mesej dakwah secara online tanpa mengira waktu sama ada di waktu siang atau malam dan di mana sekalipun berada tidak kira jauh jarak atau dekat.
Contohnya
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada abad ke 21 ini
membolehkan pendakwah menggunakan
peluang dan kelebihan tersebut untuk merencana Gerakan dakwah yang lebih
tersusun, berkesan dan dapat diakses oleh masyarakat. Pelbagai ilmu dan
maklumat boleh diperolehi dengan mudah.
Pendakwah pada masa kini hanya tinggal memuat turun ‘post’ atau ‘tweet’
tentang kefahaman agama islam di pelbagai media platform. Antara media social
yang menjadi tarikan orang ramai ialah facebook, Instagram, twitter dan
sebagainya. Oleh yang demikian, Perkara tersebut boleh dilakukan pada waktu
bila bila masa sahaja jika pendakwah tidak boleh melakukan dakwah secara terbuka
kerana bimbang dengan sensivitif agama lain. Media Sosial bukan sahaja
memudahkan urusan harian tetapi juga memudahkan dalam penyampaian dakwah
malahan dapat pula berinteraksi antara satu sama lain melalui aplikasi media
sosial yang sentiasa dalam genggaman tangan.
Comments
Post a Comment