1. 1. DAKWAH DENGAN AKHLAK Cara ini adalah cara yang paling mudah iaitu dengan menunjukkan akhlak yang cantik dan terpuji kepada umat Islam dan terutamanya kepada umat bukan Islam. Sudah menjadi lumrah, manusia mudah akan terpikat dengan sesuatu barang yang cantik, bermutu dan berharga seperti berlian, permata dan emas. Begitu juga tanggapan non-muslim terhadap umat Islam. Sebagai umat Islam, kita mestilah menunjukkan akhlak yang baik di hadapan mereka seperti sopan santun, budi pekerti dan memiliki sifat-sifat yang berhikmah. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Serulah ke jalan Tuhan-Mu dengan hikmah” (an-Nahl 16:125) Praktik yang paling mudah untuk dibuat kepada umat non-muslim ialah dengan berkongsi-kongsi juadah dan hadiah dengannya. Jika mereka penganut Buddha, hadiahkanlah sesuatu berwarna merah kerana bagi kepercayaan mereka merah membawa ‘ong’ atau keuntungan. Rasullullah SAW juga sangat memuliakan non-Muslim seperti pernah menyuap bubur kepada seora