Posts

KESIMPULAN

Image
  Setelah penghuraian telah dibuat di atas , disini kami dapat menyimpulkan bahawa di Malaysia mendapat pelbagai pandangan daripada perspektif masyarakat bukan islam terutamanya bangsa cina dan india di Malaysia. Walaupun negara Malaysia diletakkan sebagai negara islam,masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dari pelbagai sudut bagi meningkatkan serta memartabatkan imej agama Islam di bumi disenangi oleh masyarakat bukan Islam yang rata ratanya dioengaruhi dengan sentimen negatif terhadap bangsa melayu,namun saya percaya bahawa usaha yang berterusan serta kebersamaan masyarakat Islam di Malaysia dalam memperbaiki imej agama Islam yang ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini bukanlah suatu perkara yang mustahil. Proses dakwah semstinya perlu diteruskan dengan mencari punca-punca kepada masalah yang mewujudkan sentimen serta persepsi yang negatif,kemudian membaikinya dengan berusaha untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat bukan Islam serta bersama-sama mengajak m

PERANAN PENDAKWAH

Image
  1.     1.    DAKWAH DENGAN AKHLAK Cara ini adalah cara yang paling mudah iaitu dengan menunjukkan akhlak yang cantik dan terpuji kepada umat Islam dan terutamanya kepada umat bukan Islam.   Sudah menjadi lumrah, manusia mudah akan terpikat dengan sesuatu barang yang cantik, bermutu dan berharga seperti berlian, permata dan emas. Begitu juga tanggapan non-muslim terhadap umat Islam.   Sebagai umat Islam, kita mestilah menunjukkan akhlak yang baik di hadapan mereka seperti sopan santun, budi pekerti dan memiliki sifat-sifat yang berhikmah. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Serulah ke jalan Tuhan-Mu dengan hikmah” (an-Nahl 16:125) Praktik yang paling mudah untuk dibuat kepada umat non-muslim ialah dengan berkongsi-kongsi juadah dan hadiah dengannya.   Jika mereka penganut Buddha, hadiahkanlah sesuatu berwarna merah kerana bagi kepercayaan mereka merah membawa ‘ong’ atau keuntungan. Rasullullah SAW juga sangat memuliakan non-Muslim seperti pernah menyuap bubur kepada seora

DEFINISI DAKWAH, MUSLIM DAN NON-MUSLIM

Image
  i)                Definisi dakwah Dakwah merupakan pelaksanaan terhadap perintah Allah iaitu menyeru manusia kearah ajaran Islam yang meliputi persoalan teologi, Syariah, akhlak dan institusi.   Dakwah juga merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya.   ii)              Definisi muslim Muslim ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah.   Sebaik sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia secara langsung menjadi seorang Muslim   iii)            Definisi non-muslim Non-muslim iaitu orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam.   Selain itu, non-muslim menurut syarak ialah suatu sifat bagi seseorang yang ingkar kepada sesuatu hokum yang telah ditetapkan dan difardhukan oleh Allah SWT supaya

PENGENALAN

Image
Gerakan dakwah merupakan satu medan dakwah yang memainkan peranan yang amat penting dalam melaksanakan seruan dakwah. Peranan yang dimainkan bukan sahaja untuk memberikan gambaran tentang islam kepada masyarakat muslim dan non-muslim bahkan ia juga secara tidak langsung menjadi agen penggerak dalam usaha untuk melahirkan kesedaran beragama dikalangan mad’unya.      Oleh sebab itu, Gerakan dakwah yang ada pada masa kini berusaha untuk mengilhamkan serta merealisasikan segala bentuk alternatif yang ada untuk menjadikan gerakan yang dirajui itu dapat memaksimumkan kejayaan dakwah. Apa yang penting kejayaan dakwah itu bukan untuk diberi penghargaan tetapi kerana wujudnya perasaan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T.      Gerakan dakwah yang wujud bukan sahaja perlu berdakwah melalui penerapan spirituall semata-mata tetapi penerapan spiritual perlu berjalan seiring dan diterjemahkan ke dalam pelbagai alternatif agar ia menarik perhatian sasaran dakwah.  

PENGHARGAAN

Image
  Assalamualaikum, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan blog kami yang telah diusahakan beberapa minggu ini yang bertajuk “Pandangan serong masyarakat non-muslim terhadap muslim”.   Blog  ini amat penting bagi kami kerana merupakan salah satu tugasan pembelajaran kami.   Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan blog ini.   Pertama sekali kepada Puan Rohana binti Abdullah selaku pensyarah subjek ini kerana telah banyak memberi bimbingan dan semangat kepada kami.   Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing.   Bantuan kalian dari segi infomasi untuk menyiapkan tugasan ini amat kami hargai.   Akhir sekali, terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan blog ini.

MPU23042

Image
  MPU23042 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM   TAJUK TUGASAN :   PANDANGAN SERONG MASYARAKAT NON-MUSLIM TERHADAP MUSLIM. BINCANGKAN PERANAN KITA SEBAGAI PENDAKWAH AGAMA ALLAH DALAM MEMURNIKAN KEFAHAMAN MEREKA TERHADAP ISLAM   NAMA PENSYARAH :   PUAN ROHANA BINTI ABDULLAH   KELAS : DPM2B   AHLI KUMPULAN :   NO. NAMA NO.MATRIC 1 TENGKU NUR I’DIL FITRIAH BINTI TENGKU NOR IZUZU 04DPM22F1097 2 NURUL NAZIRA ILYANA BINTI MOHAMMAD KHAIRUL 04DPM22F1030 3 NIDA UL-HUSNA BINTI ZAMRI 04DPM22F1093 4 NUR BALQIS NASUHA BINTI MAHD ZAKI 04DPM22F1053 5 MAYA ARENA BINTI OTHMAN 04DPM22F1088